Penanaman secara
hidroponik ialah suatu kaedah menanam tanpa menggunakan tanah. Selain daripada
sayur jenis berdaun, sayur jenis buah dan pokok bunga juga boleh ditanam secara
hidroponik. Kaedah ini memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang
berisi air.
KAEDAH PENYEDIAAN &
PERALATAN YANG DIPERLUKAN:
1) Takung
Hidroponik
Takung hidroponik hendaklah tidak
telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Disyorkan supaya
menggunakan takung plastik berukuran 15cm tinggi, 52cm panjang dan 26cm lebar
yang dilengkapi dengan penutup polisterina yang berlubang serta bakul – bakul
semaian.
Penutup takung diperlukan untuk
melindungi larutan baja dari terkena sinaran cahaya matahari serta kemasukan
air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Penutup hendaklah mempunyai lubang
– lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian. Jarak lubang adalah
bergantung pada jenis tanaman.
2) Bakul
Semaian
Plastik kecil yang berlubang
ndiletak pada lubang – lubang di penutup takung. Benang atau perca – percakain
dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian sebagai
media percambahan biji benih. Juntaikan perca kain atau benang tersebut melalui
lubang – lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja.
3) Penyediaan
Larutan Baja
Gunakan baja hidroponik
komersial dengan kadar yang disyorkan
pada label. Baja ini boleh dibeli dari kedai – kedai pembekal baja swasta
tertentu. Air yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah air yang
tiada klorin. Air hujan juga boleh digunakan.
4) Menyemai
Semai sebanyak 2 hingga 4 biji
benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan kepada 1 hingga 2 anak benih
sebakul seminggu selepas benih bercambah. Elakkan benih dari terendam dalam
larutan.
5) Penjagaan
Letakkan alat hidroponik di
bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan dan mendapat
sinaran matahari sekurang – kurangnya separuh hari. Pastikan takung terlindung
dari hujan.
Kawalan serangga atau penyakit
boleh di buat dengan membuang bahagian yang diserang atau menangkap perosak
dengan tangan. Jika perlu semburkan racun kimia sekurang – kurangnya satu
minggu sebelum memungut hasil.
Perhatian
I)
Pastikan ada ruang udara pada pangkal
pokok dan permukaan air untuk pernafasan akar.
II)
Gunakan media dan larutan yang baru
untuk setiap penanaman.
III)
Basuh dengan sempurna takun, penutup dan
bakul selepas setiap penanaman