Monday, 6 August 2012

Serangga & Labah - Labah yang Berguna untuk Kawalan Biologi

Terdapat pelbagai jenis serangga dan lalat di dunia ini. Kebanyakan kita tidak begitu mengetahui bahawa terdapat jenis-jenis serangga dan labah-labah yang berguna untuk kawalan biologi.

1) KUMBANG KURA - KURA & KUMBANG AIR

Semua kumbang yang sudah dewasa memakan daun dan merosakkan tanam-tanaman kecuali kumbang kura-kura dan kumbang air.

Kumbang kura-kura adalah berbentuk bujur, berwarna kuning, jingga atau merah.  Kebanyakan kumbang kura-kura yang dewasa mempunyai bintik atau tompok hitam di atas badannya. Kumbang air pula berbentuk bujur dan berwarna hitam. Ia boleh hidup di dalam air. Kedua-dua jenis kumbang ini memakan apid, thrip dan ulat-ulat yang merosakkan tanaman.



2) LALAT

Kebanyakan serangga jenis lalat tidak merosakkan tanam-tanaman kecuali lalat buah dan lalat pelombong daun.  Terdapat jenis-jenis lalat yang menolong proses pendebungaan berlaku.  Lalat jenis ini boleh membawa debunga daripada bunga jantan kepada bunga betina supaya buah boleh terbentuk pada sesuatu pokok. Di samping itu, terdapat juga lalat yang boleh memakan ulat perosak tanam-tanaman.



3) PEPATUNG

Pepatung dewasa mempunyai dua kepak yang lutsinar dan urat-urat kepak yang melintang. Badannya kurus, panjang dan berbelang-belang cerah.  Serangga jenis ini memakan pelbagai serangga lain yang merosakkan tanam-tanaman. Oleh itu, serangga ini tidak boleh dibunuh supaya ia dapat membantu manusia mengawal populasi seranga perosak tanam-tanaman.


4) BELALANG

Serangga jenis ini mudah dikenali melalui kaki belakang atau hadapan yang besar untuk melompat atau mengorek. Kebanyakan serangga jenis ini adalah pemakan daun namun tidaklah terlalu merosakkan tanam-tanaman.  Belalang yang mempunyai sesungut yang panjang merupakan jenis belalang yang memakan serangga lain yang merosakkan tanam-tanaman.


5) LABAH-LABAH

Labah-labah biasanya membuat sawang bagi memerangkap mangsanya. Perosak tanam-tanaman akan terperangkap pada sawang ini dan kemudiannya akan dimakan oleh labah-labah.


No comments:

Post a Comment